Jom kita amalkan!

.

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”



Assalammualaikum.. 


Pagi tadi bangun subuh leher tetiba krem, toleh je urat macam nak kejang...duduk sekejap sambil tengok belakang *tempat tido* konon2 aku tido tak berbantal ke kan.. tengok bantal memang ade.. bukan setakat bantal kat kepala, kat belakang aku pon ade , kan montot aku pon ade 1.. tido tak readykah ini namanya???? sedap tido berlapik kan bantal tu namanya.. berombak2 gitu... ok2 cukup , kalau cerita bab bantal memang tak habis sebab bantal adalah sejenis bende yang yang urmm yang... tetttttt cukup2!




Ok, korang pernah dengar tak sunnah atas tu? yang atas sekali aku tulis tu? sunnah Nabi SAW. dulu mase stay asmara ehhhhhh asrama aku n kawan2 selalu jugakla amalkan sunnah2 nabi ni.. makan berjemaah dalam  dulang, makan pakai tangan, duduk tahyat awal bezanya kaki dinaikkan sebelah, makan dengan 3 jari. hurmmm macam2 lagila... alhamdulillah malam tadi hubby ajak makan berjemaah. aku sememangnya tak kisah sebab dah biase pon... cuma qaseh jela biase ke tak? hahahaah





Bila makan camni ibarat makan berebut2.. tapi yang paling best nasi habis! sume lauk habis! memang berselera sangat.. cuma anak aku jela dia keliru nak makan mana 1..hakhakhakhakhak




Disini aku nak selitkan jugakla sunnah2 nabi yang kita semakin lupakan.. bukanla aku cakap korang tak amalkan sebab aku pon tak delah perfect sangat.. tapi siapa kita sekalipon kita ade hak untuk berdakwah.. kan? kan? kan?



Kelebihan pada diri aku ialah aku suka kongsi pengalaman baik ataupon ape2 yang mendatangkan faedah dengan orang.. kedekut ilmu???? katakan TIDAK bagi aku.



Ape yang kita akan dapat???

KEBERKATAN & PAHALA YANG BERLIPAT KALI GANDA


Sedikit perkongsian disini..

1) Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.

Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

2) Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

3) Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’. Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??

Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.

4) Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”

5) Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.

6) Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“

7) Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

8) Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

9) Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

 

Yang nombor 9 ni kita sume kurengggg la amalkan kan??? sebab susahla nk berenti kalau dah makanan tu sedappp kan? lagi2 kalau pergi buffet ALL U CAN EAT.. hahahahaahaha nak ke ko berenti??? memang payah... nak cuba pon macam berat je hati tu.. hehehehe lagi2 aku..kahkahkah kuat makan!! Sampaikan hubby dah stop makan pon aku still makan lagi.. sampaila dengar suare '' dahla tu kang senak perut'' huhuhuhuhuhu sebab orang yang tegur tu dia dah senak perut dulu.. hahahahahah 



okla kalau bab mengata diri sendiri camnila panjang berjela la plak..kahkahkah . elokla mengata diri sendiri dari mengata orang.. kadang2 kita tak sedar kita tengah mengutuk orang.. memasukkan diri sendiri ke lubang neraka tu namanya.. cara yang terbaik jangan sesekali sebut nama orang lain kecuali memuji dengan amalan yang dibuat.. terrrsebut nama A terus ade bende negatif tentang A??? so cubala tips saya ni.. berbincang, bersembang dan jangan cuba selitkan nama orang lain atau erti kata mengaibkan orang. SEKIAN.




















No comments: