Asam Pedas Ikan Pari

.

Lama benor aku tak tepek Menu resepi dalam blog ni.. memang tak boleh dikira dengan jarila senang citer, dapur umah aku tu hari2 berasap.. cumanya sifat terlalu kusyuk makan sampai licin barula nak snap gambo memang kirim salam beribu sesalan la... hamboii panjang tajuk lagu aku ni....heheheeh



Aku memang suka masak.. so aku punya suka la kan! theeeeeeee



Menu malam tadi ASAM PEDAS IKAN PARI.  




Balik keje trus rushing masak sebab dah lapar.. kul 8 malam sume dah siap! anak aku punya makanan pon dah siap! yela kan dia tak makan pedas.. macam cacing kepanasan kalau termakan pedas budak tu... so aku buatkan dia salad dengan thousand island.. dah 3 hari aku bagi dia makan ni... suka rupanyaaa... sedapppp aku pon suka...


eh sorry melalut pulak.. dari asam pedas boleh melonjak ke salad .. hekhekhekhek



Ok ni resepi asam pedas aku.. memang sedapppp! hubby puji berkali2 cakap ''ayang sedapnya asam pedas ni'' kang sekejap lagi cakap lagi bende sama.. ha tu maksudnya memang sedappp la 2!





RESEPI

Ikan pari  5 ketul 
6 sudu besar cili kering *
2 ulas bawang merah *              *blend bersama*
3 ulas bawang putih *
sedikit serbuk kunyit
1 mangkuk air asam jawa
1 keping asam gelugur
Sedikit belacan
6 helai daun kesum
1 batang serai
1 bijik tomato
bendi
garam
gula



Senang citer ape je ade dalam fridge korang tu ,korang masuk kan jela sume..hehehehheeh



Cara2 panaskan minyak ,masukkan cili yang dah blend kacau sampai garing, masukkan ikan, air asam, bendir, tomato, daun kesum, belacan, serbuk kunyit dalam kuali dan kacau.. masukkan garam,gula atau perencah secret recipe sendiri dalam tu.. then biar sampai masak.... cukup rase sedap dimulut sudah siapp untuk dimakan.. hekhekhekhek




-----------------------------------------------------------------------------------------


Oh berbalik citer makanan untuk anak aku tu.. dia skang dah kureng makan nasi.. so aku n hubby ikhtiarla carik ape2 bende yang dia boleh makan sampai kenyang..disebabkan dia suka sangat dengan sayur aku belikan dia salad + anggur + apple .. kacau dengan thousand island.. ha kau barula dia makan smpi habiss... 


*google*



Anak aku memang feveret betul dengan sayur.. ape2 jenis sayur dia makan... nasi kurenggg... 






Tu jela MENU buat mase ni.. hikhikhikhik




BYE!


No comments: