Hujan asid di malaysia.. {betul ke???}

selamat pagi & salam sejahtera. berita dunia......teng teng teng *muzik*

Harini diramalkan kemungkinan akan turun hujan asid. berikutan tsunami yang melanda jepun mengakibatkan loji nuklear meletup baru2 ini..


ok dah cukup2 nak belakon konon sebagai pembaca berita.. tulis pon xbetul..uhuhuhuhu

*gambar diatas teringat mase skolah mata pelajaran sains.. cikgu ajar aku tido* errr melalut disitu.*

berita ni aku dengar ramai dh blogger cakap..termasuk hubby aku..dia cakap semalam disebbkan loji nuklear meletup tula nnti punca hujan asid.. hujan asid ni bahaya boleh menyebabkan

Kesihatan

  • Memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit athsma, bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan sakit batuk, alergi dan selesema.
  • Gas sulfur dioksida adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit kepada manusia seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara.
  • Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum di mana boleh menyebabkan cirit birit di kalangan kanak-kanak, gangguan saraf dan membahayakan otak.
  • Aluminium pula boleh menyebabkan penyakit alzheimer (berkait dengan hilang ingatan)

Terhadap tanah dan tumbuhan

  • Menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid; eg. 70% hutan di Czechslovakia musnah akibat hujan asid ini.
  • Kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah.
  • Nilai pH kurang daripada 6 akan menyebabkan bahan-bahan organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya.
  • Memusnahkan fungsi daun.
  • Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah.

Ekosistem akuatik

  • Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik (kurang daripada 5), ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan amfibia.
  • Ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di mana kandungan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan ini.
  • Air sungai dan laut menjadi berasid pada pH 5 membunuh hidupan akuatik seperti ikan (atau mana-mana binatang yang bergantung kepada ikan akan mati juga eg. burung laut); berlaku di Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik di situ.

Bangunan dan peralatan bangunan

  • Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemndapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi.
  • Meluntur dan merosakkan cat kereta.
  • Batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan.
-Setelah aku survey kat uncle google, rata2 sumber mengatakan yang kemungkinan untuk hujan asid melanda malaysia adalah tipis.

so kesimpulannya disini..kemungkinan hujan asid di malaysia adalah mustahil sebab jarak jepun dengan malaysia jauh.. tapi kalau rase ragu2 jugak bawak jela payung kalau nak hujan tu.. yela bak kata pepatah melayu ''sediakan payung sebelum hujan''.. :)


No comments: