Danish 1 year aku sponsor spagetti..

taraaaaaa selamat tghari kawan2..hurmm lama kan aku xmengupdate belog ni..kenapa yek..cube korg tolong explain kan tuk aku..huhuhu aku sndiri xtau nape aku malas sangat nak bukak belog..


Ramai jugak tnyer aku nape xupdate belog..wahhhh mak famos ko..xpe2 aku gagahkan jugakla harini update entry semalam...


Hari ahad bersamaan 6hb Mac 2011 genapla usia si DANISH 1 tahun.. sama baya ngan si QASEH. siapa danish??? kalau sape yang dh katam belog aku mesti tau sape danish ni...*ape ko ingt ko ni sefamos hanis zalikha ke??? sampai org nk katam baca belog ko ha!* --------------> ayat ditujukan khas untuk aku.


ok2la..danish ni anak kawan aku aynie..


so semalam birday party dia..sedih sbb gambo xbyk aku snap..al-maklumla sejak dh turun pangkat sebagai cameraman ni..hukhukhuk aku sanp 2,3 gambo jer e2pon xterang..sedih2..



fuyooooooooooo lawa kan kek dia..comel...



ni pon comel..heheh si danish hizany nama dia..xclearla gambo nya ,biasela HP murah jer..hakhakhakhak


yang bawah ni budak baik weh...nama dia qaseh nurzamia..mula2 sampai keje dia nk nngis jer..bila dh panas montot kat sane barula mulut dia nak bukak...payah gak budak ni skang..hbs mainan di danish dia hancurkan..



belum lagi danish nampak qaseh main mainan dia ni..kalau x gado ler jawapnya...


so dikesempatan ni aku pon alang2 menyelok pekasam aku memperkenalkanla spagetti italian aku ni kat depa... *motif tetiba nk loghat*


niat ikhlas nak sponsor.. :-D


MEMPERKENALKAN...................tiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnggggg! *magik*



magik sbb aku cilok gambo ni kat google...*ade kau kisah?*


· 500 gram spaghetti (sepeket)

· 500 gram daging lembu cincang

· 200 ml susu

· 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus

· 1 ulas bawang putih – dicincang halus

· 1 tin sedang tomato puri

· 4-5 tomato segar ranum - didadu

· 1 batang carrot – didadu kecil

· 2 batang celery – didadu kecil

· 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)

· 1 kiub stok daging lembu (optional)

· 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs

· Sedikit garam dan gula secukup rasa

· 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)

· 2 sudu besar butter

· Parutan keju parmesan – untuk menghidang

· NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.

· NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.

4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.

8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.

9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian





ALHAMDULILLAH.. abis ,finish, yilek.. spagetti semalam. so sape2 yg ade majlis 2 ajak2la aku bolehla aku sponsor ape2 lagi..hakhakhakhakhak baik x?


ps: malamni nak buat kek coklat resepi mak aini punya..tapi sebenarnya niat utama nak try oven baru..sekian.


No comments: